Aku keluar hampir setiap malam bukan lah semata untuk belajar, tp untuk menyiapkan kerja2 tutoran bersama kawan2. Kalau pun aku keluar untuk belajar, aku lebih suka bersendirian tanpa ditemani sesiapa di Za'ba KMJ.
Kau tau, bila dua orang berbeza jantina, yang dalam situasi yang sama, bila rapat, salah seorang atau keduanya secara tak sengaja akan terjatuh beyond the friend zone.
Sebagai seorang remaja 19 tahun yang meningkat dewasa, yang mula matang dalam pemikiran, perbuatan dan tindakan, aku sendiri tak dapat dan tak pandai membendung perasaan tersebut sendiri.
Aku cuba untuk menetapkan dalam hati, aku hanya mahu membantunya dalam pelajaran meski aku sendiri tidak lah sehebat mana dalam pelajaran. Ilmu didada ini hanya lebih sedikit saja. Dan yang sedikit ini aku harap dapat memberi manfaat padanya, dan aku amat berharap Allah melindungi kami dari perkara munkar, insha-Allah.
Peperiksaan akhir semakin hampir. Aku ada cita-cita sendiri yang aku ingin kecapi. Adakah perasaan suka ini hanya permainan syaitan yang ingin melalaikan?
No comments:
Post a Comment